Popular Posts

Tuesday, September 27, 2016

Mohd Syahidie

1 Sentul Condominium For Sale - Urgent Sale!!!

1 Sentul Condominium For Sale

Urgent Sale !!!!

- Freehold
- 3 Room
- 2 Bathroom
- 1065 Sqft
- Level 15
- Block A Facing KLCC & Pool
- 2 Reserved Car park Side By Side
- Maintenance Fee RM320/months
- Each Block with 3 lift
- Strata Title

Renovated
- Kitchen Cabinet
- Wardrobes
- Fans
- Lightings
- Aircond
- Grill
- Curtains
- Water Heater
- Digital Door Lock
- TV Cabinet
- 2 Sliding Wardrobes
- Plaster Ceiling

Price: RM635K
MV: RM720K

Shidi
HP:0193657184
Email: shidi.iwpp@gmail.com
Team Manager
Senior Real Estate Negotiator
IW Properties (Putrajaya) Sdn Bhd









Read More
Mohd Syahidie

Agen Hartanah Di Perlukan Di Kuala Lumpur

Peluang Terbuka Kepada Warganegara Malaysia yang ingin menceburi diri dalam bidang hartanah. Saya mencari Perunding Hartanah yang berkelayakan untuk bersama pasukan saya secara part time @ Full Time.

Syarat Menjadi Perunding Hartanah
- Berumur 21 Tahun Keatas
- Warganegara Malaysia
- Islam
- Ada Pengangkutan Sendiri (Kereta)
- Rajib Berusaha
- Mempunyai Semangat Juang Yang Tinggi
- Senang Bersisoal Dengan orang sekeliling
- Pandai Berdikari
- Boleh Bekerja Secara Kumpulan

Kelebihan
- Income tiada Limit (Usaha lbh dapat lbh)
- Masa Kerja Flexible
- Kemudahan tempat kerja yg selesa (aircond, Unifi) di Putrajaya
- Akan bergerak secara group

Jika anda orang seperti diatas
oleh hubungi saya shidi 019 3657184






Read More

Saturday, August 6, 2016

Mohd Syahidie
Rumah untuk dijual di Bandar Sri Petaling https://www.facebook.com/rumahteresmurah/posts/1093978487351866
Read More

Wednesday, January 27, 2016

Shidi Shah

Jangan Layan No Ni 0147270265 sebab menipu ugut minta duit

Assalamualaikum kepada yang singah blog ini. sekarang saya nak share satu lagi no tel yang menipu.ni no nya 0147270265 yang mengaku dari syarikat insuran nama Nahana Global Resources sebagai agensi insuran. berkali2 dia kol mama saya minta bayar bayaran tertungak insuran padahal xde pernah ambil insuran pun.

so sesiapa yang dapat kol dari no ni sila block terus
Read More

Monday, June 29, 2015

Shidi Shah

Apa yang berlaku selepas 3 tahun habis belajar dalam ijazah

Selepas 3 tahun aku kembali semula dalam dunia blogger lepas cek statistik yang blog aku ni ramai juga yang masuk jenguk2 walau pun lama xupdate post. komen pon banyak yg nk kne approve dan cek di website nuffnang pn setiap hari ada yg visit. kira ok la blog nih..

ok lepas 3 tahun habis blaja dah banyak perubahan dalam kehidupan harian aku.. sekarang aku dah ada bini woi.. 28 November 2014 aku sah bergelar suami kepada gadis Melaka bernama Faezah Bt Abd Rahman.. syok woo kawen..ngeh..ngeh..ngeh..  berat badan sudah makin naik, hidup pn lebih terator.. dah ada org jaga la katakan. nah belanja 1 gambar kawen kat bawah


sebelom kawen ni bukan main ak kerja siang malam cari duit... duit mmg xcukup bila nk kawen tp atas rezeki Allah xtaw duit tu dari mana2 tiba2 cukup2 aja.. btol la orang cakap bila niat baik untuk kawen mmg duit tu ada saja.

lagi baik rezeki nk kawen, 2 bulan sebelum kawen aku beli sebijik kondo di Kota Melaka.. bulan untuk duduk tp untuk bagi sewa.. Insya Allah 2018 siap la kondo tu.,


yang terbaru sekarang pasal aku, tengah bina kerjaya dalam bidang hartanah. buat part time dalam hartanah jadi agen. kerja tetap masih lagi pengajar AutoCAD

so sape nak beli rumah ataw nak tahu serba sedikit pasal bidang hartanah ni boleh hubungi aku

sekian saja serba sedikit lepas 3 tahun xupdate blog
Read More

Friday, November 30, 2012

Shidi Shah

Gempur Harimau Malaya VS Garu-Dada AFF Suzuki CUP 2012



Ayuh rakyat Malaysia kita serbu Stadium Bukit Jalil pada hari sabtu (1.12.2012) tengok Malaysia lawan Indonesia.!!!!

semangat nih nak g sokong team Malaysia...Misi wajib menang. Walau harga tiket boleh buat makan untuk 3 hari, aku sanggup demi menyokong team Harimau Malaya demi Sukan Negara!!!!..hahaha..

Kepada anak buah Raja Gopal, Semoga berjuang habis-habisan...
Read More

Wednesday, November 28, 2012

Shidi Shah

Cara Buka Akaun ASB


Aku baru saja bukak akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) lepas dapat gaji kedua kerja nih.. Dah kene start plan untuk masa hadapan. Dulu ingat nak ambil pelaburan simpanan ASB dengan bank. Yang kita pinjam duit dengan bank lepas tu guna semua duit tu untuk melabur dalam ASB. Lepas aku google pasal ni ak xprefer nak ambil simpanan pelaburan. Bulan2 sebenarnya sama sahaja dengan simpan sendiri cuma dia memaksa kita untuk menyimpan.

So cara2 nak bukak akaun ASB ni xsampai 15 minit pn.

1. Bawa fotostat IC depan dan belakang

2. Bawa IC.

3. Pergi kat kaunter cakap nak bukak akaun ASB. nanti dia bagi borang untuk isi.

tunggu dia proses pastu siap!!.
Read More

Sunday, October 21, 2012

Shidi Shah

Penghargaan tertinggi dalam hidup: Konvokesyen kat upm lepas 4 tahun belajar degree


Alhamdulillah akhirnya lepas 4 tahun blaja dalam bidang engineering dapat jugak naik pentas terima sebuah sijil ijazah sarjana muda. Walaupun pointer xberapa nak gempak tp bersyukur sangat2 tak perlu extend. yang penting pulak sudah dapat kerja..hehe..

semua orang dalam family ak datang masa konvo.seronok betol bila semua ada. tapi yang xbesnyer konvo ak sesi petang...nak bergambar pn xsempat sangat.sikit jer gambar.


ni budak2 kelas aku. muka2 gembira 






banyak dapat bunga nih..hahah.. dari awek n family n rakan sekolah dlu


my family...


awek gua ni bai..hahaha

dan status aku sekarang adalah application engineer. keje dengan company specialist in Autodesk.
hehe... 
 akhirnya berjaya juga cita2 nak jadi engineer.

terima kasih sangat2 kepada keluarga aku yang banyak menyokong terutama kepada mama ku.

kepada yang masih belajar, teruskan perjuangan anda..jangan sia2kan peluang yanga ada




Read More

Monday, September 24, 2012

Shidi Shah

Tinggalkan CEO Bergaji RM38K Demi Keluarga

Seorang lelaki ini sanggup tinggal pangkat CEO bergaji RM38K beliau dalam bidang oil & gas demi keluarga. Kini beliau menjual kuew tiaw goreng. Jom baca kisah beliau.

Aku Seorang CEO
Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.

Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru.

Alhamdulillah..aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan...dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman.

Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun masa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.

Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah...aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan rumahtangga.

Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi....aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!!

Kebahagian keluarga.....

Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang.

Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana...

Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting....main golf pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala laporan-laporan eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.

Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik....kekadang buat ...kekadang terlupa...masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan !!!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat....aku menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...!!!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat.

Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis....tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri.

Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!!
Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam.
Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari.
Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah.

Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai.

Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan.

Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K.

Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut.

Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Dan sekarang baru kusedar yang Nabi Muhammad SAW pernah bersabda....9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga.

Alhamdulillah.




P/S: Mungkin kisah ini boleh diambil perhatian buat mereka yang sibuk bekerja mencari harta dunia
Read More

Sunday, September 23, 2012

Shidi Shah

Amaran: Bahaya Minum di Old Town White Coffee

Ini aku nak share satu info yang aku rasa berguna jugak kot untuk semua rakyat Malaysia..bahkan seluruh manusia kat muka bumi ini.. Korang semua mesti kenal kedai makan Old Town White Coffee kan..

gambar kat atas adalah salah satu kedai dia..kalau kat kl ni berlambak2 kedai dia..ape yang bahaya sangat makan kat cini..

 Nak tahu ape ...gambar kat bawah ni la yang bahaya

DIA PUNYA KOPI LA BAYA..

BOLEH MEMBUATKAN SAKIT PERUT NAK BERAK!!!!

JADI MACAM MAMAT KAT ATS NIH..5 HARI 5 MALAM DUK TERAN TAK KUA2..HAHA

siyes weh, setiap kali lepas makan kat old town mesti cari tandas punyer..

sebab makanan dia sedap2 dan harga pn berpatutan  

tu yang best makan kat citu..kenyang pon kenyang..

kepada syarikat old town, ini bukan boikit 
sajer2 jer..heheh..

k..bye..




Read More